Tuesday, September 7, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam

Wahai manusia,
dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ni. Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sbgai amanah yg suci. Kembalikan harta yg diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat penghitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk mengesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,
sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isterimu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana ssesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekirannya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,
bahawa kamu akan mengadap Allah pd suatu hati untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,
tidak ada lagi nabi dan rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang eskiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang,
yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada org lain, dan hendaklah orang itu menyampaikan pula kepada lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

No comments:

Post a Comment